RESEPI UDANG BLACKPEPPER
Bahan-bahannya :
● 350gm udang - saiz sederhana
● brokoli secukupnya
● 1 labu bawang besar - dipotong
● 3 ulas bawang putih - dicincang
● 1/2 in halia - dihiris halus
● 3 sudu besar sos blackpepper
● 2 sudu besar sos tiram
● 1/2 sudu teh garam halus
● 1/2 sudu teh serbuk kunyit
● minyak masak
● capsicum/lada benggala merah - jika suka
Cara membuatnya :
1. Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang
hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm
air panas mendidih dan angkat.
4. Susun atur brokoli dlm pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang
putih dan halia hingga wangi.
6. Masukkan bawang besar dan goreng hingga
bawang hampir layu.
7. Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau
hingga wangi dan masukkan udang.
8. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang
menjadi terlampau masak.
9. Tak perlu masukkan garam sbb dah ada rasa
masin dr garam yg kita perap dgn udang, juga dr
sos tiram dan sos blackpepper.
10. Sebenarbya terpulanglah pd selera masing2,
samada nak tambah garam lagi atau masukkan
gula sikit.
11. Masukkan lada benggala yg didadukan dan
kacau sekejap.
12. Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan
yg dah diatur brokoli.
Selamat mencuba.
Isnin, 17 November 2014
Jom datang beramai ramai mencuba masakan hendrakum tomyam
Ahad, 2 November 2014
Rabu, 8 Oktober 2014
Kari sotong
Label:
hendrakum.com
Lokasi:
Taman Midah, Taman Midah
Selasa, 7 Oktober 2014
Sabtu, 4 Oktober 2014
Isnin, 29 September 2014
Tonton "Hendra well" di YouTube Hendra well: http://www.youtube.com/playlist?list=PLPNxRQl50stjFQQnZXHbavTXr4k1wxadu
Tonton "Hendra well" di YouTube
Hendra well: http://www.youtube.com/playlist?list=PLPNxRQl50stjFQQnZXHbavTXr4k1wxadu
Sabtu, 27 September 2014
Langgan:
Ulasan (Atom)